Cari @ Amanz

Beberapa pengeluar kereta telah sedia memperlihatkan kereta yang dipandu automatik pada awal tahun ini, selain daripada Google yang turut sama melaburkan wang dalam teknologi berkenaan. Kini, Nissan yang turut sama berkongsi perancangan mereka mengatakan akan menawarkan kereta yang dipandu automatik sebelum tahun 2020.

Melalui WSJ, Nissan mengatakan yang mana mereka akan menyediakan beberapa kereta yang mampu-milik, jimat tenaga serta didatangkan dengan pemanduan automatik sepenuhnya menjelang 2020 kelak.

Salah satu kebaikkan yang dijangka akan dibawakan oleh kereta yang dipandu automatik ini adalah dimana ia akan mengurangkan angka kemalangan dan sebagainya.

Namun, seperti biasa, dalam menjayakannya, pelbagai perkara perlu dilalui, dan salah satunya semestinya berkaitan undang-undang di sesuatu negara ia akan dipasarkan.

Mengikut para penganalisa, kereta dengan pemanduan automatik sepenuhnya dijangka akan sedia menjelang tahun tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd