Cari @ Amanz

Nokia 515Nokia terus menambah portfolio peranti mampu-milik mereka, dimana hari ini mereka secara rasminya mengumumkan Nokia 515 yang akan dijana menggunakan platform Series 40, selain dilengkapi dengan rekabentuk peranti berasaskan kepada aluminium.

Menurut Nokia, peranti ini turut sama dilengkapi dengan Gorilla Glass 2. Nokia 515 membawakan skrin bersaiz 2.4-inci QVGA, serta dilengkapi papan kekunci numpad, dan kamera belakang 5-megapixel.

Seperti peranti Nokia sebelum ini, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar sendiri dengan lebih mudah melalui bantuan arahan suara, disamping turut sama menawarkan rakaman Panorama dan juga sequence shot.

Nokia 515 akan ditawarkan dalam pilihan warna putih serta hitam, dan dijangka akan ditawarkan di pasaran antarabangsa bermula suku ketiga tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd