Cari @ Amanz

Telefon pintar Sony “Honami” sedia hangat diperkatakan ramai, dan dinantikan para peminat peranti Sony, apatah lagi dengan laporan mengatakan ia akan hadir dengan kamera 20-megapixel. Kini, dengan ia dijadualkan untuk pelancaran 5 September, pihak Sony telah mula mempromosikan mengenainya melalui Facebook dan juga Twitter.

Tiada banyak perkara yang dikongsikan pihak Sony, selain hanya hadir dengan gambar butang kuasa ikonik mereka. Pada gambar tersebut yang dikongsikan di Twitter dan Facebook, pihak Sony mengatakan ia sebagai peranti yang sedang diperkatakan ramai, dan akan hadir tidak lama lagi.

Selain telefon pintar baru yang dipanggil “Honami” ini, pihak Sony juga dijangka akan memperkenalkan lensa-kamera mereka yang boleh dihubungkan ke peranti iOS dan juga Android pada acara yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd