Cari @ Amanz

Seperti di maklumkan sebelum ini, kini dilihat pihak Sony Mobile Malaysia telah pun mula menghantar emel jemputan media untuk sebuah acara khas yang dijadualkan untuk diadakan pada pagi 5 September. Padanya, Sony turut menggunakan label #SonyIFA menandakan ia akan diadakan bersempena dengan IFA 2013.

Bagi yang mengikuti perkembangan Sony, mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan ura-ura telefon pintar terbaru mereka – Xperia Z1 “Honami”, yang mana dijangka menyertakan lensa 20-megapixel pada bahagian belakang, selain beberapa kemaskini spesifikasi bersama-sama dengannya.

Sony Lensa-Kamera

Selain daripada telefon pintar, salah satu perkara yang turut sama dinantikan ramai adalah “lensa-kamera” daripada Sony, yang membawakan sebuah lensa khas yang boleh dihubungkan kepada telefon pintar Android dan iOS untuk digunakan dalam merakamkan gambar lebih jelas.

Seperti biasa, tiada sebarang info berkenaan dengan produk yang akan dilancarkan disertakan pada emel jemputan.

Apa pun, seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara berkenaan pada minggu hadapan – 5 September 2013.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd