Cari @ Amanz

Setelah melalui pelbagai drama sebelum ini, kini aplikasi YouTube kembali semula secara rasmi ke para pengguna Windows Phone, sekaligus membolehkan para pengguna peranti Windows Phone 7.5 dan juga Windows Phone 8 menggunakannya dalam mengikut pelbagai video di YouTube.

Melalui kemaskini versi baru ini, ia membawakan sokongan untuk memuat-naik video, sekaligus memudahkan lagi para pengguna Windows Phone untuk memuat-naik video terus dari peranti mereka. Disamping itu, dalam usaha membantu para penerbit kandungan, aplikasi ini juga turut sama menyertakan sokongan iklan pada aplikasi berkenaan.

YouTube - Windows Phone

Bagi para pengguna Windows Phone yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi YouTube ini secara percuma daripada Windows Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd