Cari @ Amanz

Nokia Lumia 1020

Spesifikasi Nokia Lumia 1020
Cip 1.5GHz (dwi-teras) Krait
Kamera Utama 41-Megapixel, 6-lensa ZEISS
Kamera Hadapan 1.2-Megapixel, 720p
Storan Terbina 32 Gigabyte
RAM 2GB
Skrin 4.5-inci PureMotion HD+
Bateri 2000 mAh
Lain-lain NFC, LTE

Teknologi kamera PureView dengan sensor 41-megapixel telah sedia diperkenalkan melalui Nokia 808 PureView pada tahun lepas. Dan tahun ini, dengan fokus pihak Nokia pada platform Windows Phone, mereka hadir dengan Nokia Lumia 1020.

Nokia Lumia 1020 memfokuskan kepada teknologi pengimejan mereka, dimana bersama-sama dengan peranti ini, Nokia turut hadir dengan sebuah aplikasi dinamakan sebagai Nokia Pro Cam. Hanya aplikasi berkenaan sahaja yang menyokong rakaman gambar berkualiti tinggi, manakala aplikasi lain hanya menyokong rakaman sehingga 5-megapixel sahaja.

Penggunaan aplikasi berkenaan juga mungkin digemari mereka yang meminati bidang fotografi. Ia membawakan sokongan untuk kawalan pelbagai perkara, termasuk ISO, pencahayaan, dan sebagainya dengan mudah. Beberapa tutorial juga disediakan melalui Nokia Care untuk aplikasi ini.

Merakamkan gambar menggunakannya, ia menyimpan gambar dalam dua variasi, iaitu pada resolusi penuh dan juga gambar versi 5-megapixel yang boleh di-zoom sehingga 3 kali tanpa kehilangan kualiti imej.

[amanz-gallery]

Nokia Lumia 1020 juga turut menyertakan sokongan penstabilan imej, disamping membawakan rakaman yang amat baik, walaupun pada keadaan cahaya rendah. Nokia turut memfokuskan kepada sokongan zoom sehingga 3 kali menggunakannya, disamping dilengkapi 6-lensa optik Carl-ZEISS dan juga Xenon Flash.

Bercakap mengenai spesifikasi, Lumia 1020 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, selain mana turut didatangkan dengan kamera 1.2-megapixel pada bahagian hadapan untuk tujuan panggilan video. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan NFC.

Dengan kamera 41-megapixel, salah satu kesan yang kurang kami gemari pada rekaan adalah dimana kerangka belakang tampak sedikit tertimbul, dan tidak sesuai untuk diletakkan dengan bahagian kamera menghadap ke bawah. Namun, untuk mereka yang berminat, pihak Nokia menawarkan sebuah aksesori berupa kerangka dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, yang mana sekaligus menjadikan bahagian belakang rata.

Selain aksesori berupa kerangka dengan sokongan pengecasan, pihak Nokia turut menawarkan Camera Grip untuknya. Menggunakannya, ia memberikan bateri tambahan berkapasiti 1020mAh, disamping mana turut membawakan sokongan untuk tripod dan juga butang kamera yang lebih selesa untuk digunakan.

Memandangkan ia menggunakan Windows Phone 8 GDR3, maka beberapa sokongan seperti Glance Screen, radio-FM dan sebagainya turut tersedia. Namun, bagi mereka yang inginkan pelbagai jenis aplikasi, mungkin tidak berapa menyukai peranti ini. Beberapa aplikasi utama yang didatangkan terbina adalah termasuk Office dan juga HERE Maps.

Di Malaysia, Nokia Lumia 1020 ini akan dijual pada harga RM2499, dimana pihak Nokia juga turut menyertakan Camera Grip secara percuma untuknya. Ia boleh didapati dari pasaran tempatan bermula 25 September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd