Cari @ Amanz

stephen-elopBersama-sama dengan pengumuman Microsoft mengambil-alih sebahagian daripada Nokia, CEO Nokia semasa, iaitu Stephen Elop turut sama mengumumkan yang mana beliau akan meletak jawatan dan menyertai Microsoft.

Di Microsoft, Stephen Elop akan menjadi Executive VP of Devices & Services. Bersama-sama beliau, beberapa pekerja Nokia lain akan turut menyertai Microsoft.

Sementara pencarian CEO baru untuk Nokia, pengerusi lembaga pengarah mereka, Risto Siilasmaa akan menjadi CEO sementara di Nokia.

Dengan pengambil-alihan bahagian peranti dan perkhidmatan oleh Microsoft, Nokia kini akan memfokuskan kepada bahagian pemetaan mereka, infrastruktur rangkaian, dan juga teknologi yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd