Cari @ Amanz

Google ChromeGoogle baru-baru ini telah mengemaskini Chrome Beta untuk Android kepada versi terbaru, dimana bersama-sama dengannya beberapa fungsi baru disertakan, dan salah satunya adalah kebolehan untuk pin akan halaman web terus ke homescreen Android.

Menggunakan Chrome Beta, pengguna boleh pin akan sesuatu web sebagai aplikasi pada homescreen, dan kemudiannya menggunakannya sebagai aplikasi biasa. Walaupun menawarkan beberapa tetapan, tetapi fungsi seperti bar URL dan beberapa yang lain dibuang daripadanya.

Perkara ini mungkin sekaligus memudahkan lagi pembangun web, dalam hanya memfokuskan kepada pembangunan aplikasi mesra peranti dengan skrin kecil, sekaligus membolehkan pengguna pin akan web berkenaan sebagai sebuah aplikasi pada peranti Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd