Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah pun memperkenalkan sokongan Graph Search, memudahkan pencarian beberapa perkara terus melalui bar carian. Hari ini, gergasi laman sosial tersebut terus menambah-baik sokongan tersebut dengan beberapa kemaskini baru.

Melalui kemaskini Graph Search yang diperkenalkan pada hari ini, pihak Facebook membolehkan para pengguna untuk turut sama membuat carian kemaskini status, kapsyen pada gambar, daftar masuk lokasi, dan juga komen.

Facebook Graph Search

Mengambil berat perkara berkaitan dengan privasi, sokongan ini hanya membolehkan pengguna melihat kandungan yang dikongsikan bersama-sama anda ataupun kandungan yang dilabelkan sebagai umum sahaja.

Seperti pengenalan fungsi baru yang lain, sokongan Graph Search baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Facebook yang sedia menggunakan Graph Search.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd