Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman HTC One Max, pihak HTC turut sama memperkenalkan sebuah aksesori baru yang dinamakan sebagai Power Flip Case. Melaluinya, ia menawarkan masa bateri tambahan, membolehkan pengguna menggunakannya untuk masa yang lebih lama lagi.

Power Flip Case dikatakan membawakan bateri tambahan sebanyak 30%, sekaligus menjadikan jumlah bateri yang dibawakan adalah 4500mAh untuk HTC One Max.

Power Flip Case

Buat masa ini, harga tawaran untuk Power Flip Case tidak diketahui, dan mungkin juga kita akan dapat melihat ia dijual dalam suatu pakej bersama-sama HTC One Max kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd