Cari @ Amanz

Selain daripada Windows 8.1, satu lagi sistem operasi yang turut dilancarkan hari ini adalah sistem operasi Ubuntu 13.10 daripada pihak Canonical, membawakan beberapa kemaskini bersama-sama dengannya.

Ubuntu 13.10 dilengkapi dengan kernel Linux 3.11, dan membawakan antaramuka Unity 7. Bersama-sama dengannya, beberapa perkara baru diimplementasikan termasuk salah satunya adalah smart Scopes. Dengan Smart Scopes, ia membolehkan pengguna membuat carian dengan lebih baik pada Dash dan menemui apa yang dicari dengan lebih pantas. Pengguna juga turut boleh mematikan sokongan carian online sekiranya diperlukan.

Tema Ubuntu 13.10 juga diintegrasikan pada beberapa aplikasi lain, membawakan antaramuka yang selari dan kemas pada pelbagai bahagian. Beberapa aplikasi dan perisian lain yang turut disertakan adalah Firefox dan juga Thunderbird.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Ubuntu 13.10 secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd