Cari @ Amanz

Apple pada minggu lepas, telah membuat perubahan tawaran sistem operasi mereka, dimana kini OS X Mavericks ditawarkan secara percuma kepada pengguna komputer Mac sedia ada. Kini, daripada apa yang dikongsikan Apple, ia kelihatan versi akan datang sistem operasi mereka juga akan ditawarkan secara percuma.

Perkara ini mungkin akan mengembirakan para pengguna komputer Mac. Selain daripada sistem operasi, Apple juga dijangka akan menawarkan iWork dan juga iLife secara percuma kepada pengguna Mac dan juga iOS.

Apple mengatakan mereka ingin menawarkan pengguna mereka dengan akses kepada perisian terkini daripada mereka, sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan yang terbaik kepada mereka.

Walaubagaimanapun, sekiranya perkara ini diimplementasikan seumpama iOS, maka mungkin kita akan melihat beberapa peranti tidak akan menerima sokongan OS X terbaru dari tahun ke tahun. Apa pun, dengan pengenalan kemaskini percuma ini, ia semestinya membuatkan pengguna tidak lagi perlu risau untuk mengeluarkan wang tambahan untuk kemaskini perisian dan sistem operasi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd