Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan muzik yang telah diperkenalkan di Malaysia, dan salah satunya adalah Deezer. Hari ini, syarikat berkenaan berkongsi beberapa kemaskini berkenaan perkhidmatan mereka, serta mengumumkan Deezer telah mencapai 5 juta pelanggan berbayar seluruh dunia.

5 juta pelanggan berbayar, 12 juta pengguna aktif bulanan, tersedia di lebih 180 buah negara, 30 juta lagu.Deezer boleh dikatakan menawarkan fungsi lebih kurang seperti Spotify, dimana membolehkan pengguna untuk mendengar lagu dengan stream terus melalui peranti mudah-alih dan sebagainya. Di Malaysia, Deezer bekerjasama dengan pihak DiGi dalam menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan DiGi.

Hari ini juga Deezer mempunyai lebih daripada 30 juta lagu pada perkhidmatan mereka, dengan purata 27000 lagu ditambah hampir setiap hari.

Memperkenalkan fungsi baru hari ini, Deezer mengumumkan “Hear This”, yang mana merupakan fungsi untuk mencadangkan lagu-lagu yang selari dengan apa yang sentiasa anda dengar.

Menurut Deezer, memandangkan lebih 75% mendengar Deezer melalui peranti mudah-alih, maka sokongan untuk mendapat dan mendengar lagu-lagu baru yang selari dengan minat pengguna adalah salah satu perkara yang menarik.

Pada masa yang sama, Deezer juga turut memperkenalkan aplikasi Mac mereka yang serba baru, memudahkan pengguna komputer OS X untuk mendengar, dan menguruskan lagu-lagu mereka dengan mudah. Dengan menggunakan aplikasi ini, setiap lagu anda yang tersenarai di iTunes Music Library akan di sync ke Deezer, sekaligus membolehkan anda mengakses koleksi muzik anda menggunakan perkhidmatan tersebut.

Deezer Mac OS X

Fungsi “Hear This” ini bakal diperkenalkan kepada pengguna dalam masa beberapa hari lagi secara berperingkat. Aplikasi untuk Mac pula dijangka akan hadir sebelum penghujung tahun ini. Selain daripada versi Mac, buat masa ini Deezer sedia mempunyai aplikasi Android, iOS, Windows 8 dan juga Windows Phone 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd