Cari @ Amanz

Beberapa permainan GTA telah pun sedia ditawarkan kepada pengguna iOS dan juga Android. Menambah penawarannya, hari ini pihak Rockstar Games mengumumkan yang mana Grand Theft Auto : San Andreas akan hadir ke Android, Windows Phone dan iOS pada bulan Disember 2013 ini.

GTA San Andreas

GTA San Andreas sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 2004 yang lepas, dan ia telah sedia ditawarkan untuk PlayStation 2, Xbox 360, PlayStation 3, Windows dan juga Mac OS X.

Menurut Rockstar, untuk versi peranti mudah-alih ini, mereka telah mengemaskini pelbagai perkara termasuk dari segi grafik, paparan dan pelbagai yang lain disamping mengoptimasikannya untuk skrin sentuh.

Tiada tarikh rasmi yang diberikan Rockstar Games buat masa ini, dan mereka mengatakan akan berkongsi lebih maklumat dalam beberapa minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd