Cari @ Amanz

Pada Nokia World yang lepas, selain phablet Lumia, pihak Nokia turut sama telah memperkenalkan Nokia Asha 502. Kini, peranti berkenaan telah pun mula ditawarkan di Malaysia dan dijual pada harga RM319.

Nokia Asha

Nokia Asha 502 merupakan telefon berasaskan platform Asha, hadir dengan skrin sebesar 3-inci QVGA, kamera belakang 5-megapixel, menyokong rangkaian 2G, serta membawakan masa bertahan sehingga 24 hari.

Telefon ini turut sama dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM dengan fungsi Easy Swap yang membolehkan pengguna mengubah SIM pada bila-bila masa dengan mudah.

Pelbagai aplikasi turut disediakan untuk platform Asha, termasuk WhatsApp, WeChat dan juga LINE. WhatsApp dilihat menyokong Asha 501 sahaja buat masa ini, dan dijangka akan diperluaskan kepada Asha 502 tidak lama lagi.

Di Malaysia, Asha 502 ditawarkan dalam pilihan warna merah, kuning dan juga hitam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd