Cari @ Amanz

Samsung sedia memperkenalkan telefon melengkung mereka dinamakan Galaxy Round sebelum ini, dan nampaknya mereka akan terus bereskperimen dengan beberapa rekabentuk peranti dengan skrin melengkung yang lain.

Samsung YOUM

Menurut Bloomberg hari ini, Samsung dikatakan akan memperkenalkan sebuah telefon pintar yang menyertakan paparan pada bahagian tepi, dan memaparkan mesej dan notifikasi pada bahagian berkenaan.

Ia dikatakan Samsung mungkin akan menggunakannya dalam peranti keluarga S ataupun Note, ataupun mungkin juga sebuah keluarga peranti yang baru.

Boleh dikatakan ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan dan perancangan. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan perancangan Samsung dengan skrin melengkung mereka ini dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd