Cari @ Amanz

Dengan CES 2014 yang akan menjelang tiba pada minggu pertama Januari, ramai pengeluar peranti bersiap sedia untuknya, termasuk Asus.

Melalui saluran YouTube mereka, terkini pihak Asus telah menerbitkan sebuah video baru yang memberikan idea kepada sebuah peranti hibrid dua-dalam-satu.

Asus juga turut menekankan kepada dwi-warna, iaitu hijau dan biru – membuatkan ramai spekulasi yang mana pihak Asus mungkin hadir dengan peranti hibrid dengan dua sistem operasi, Android dan juga Windows.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi berkaitan dengannya oleh Asus pada CES 2014 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd