Cari @ Amanz

Angry Birds merupakan salah satu permainan popular pada peranti mudah-alih, dan terkini mereka turut sama melancarkan sebuah permainan baru bercorak perlumbaan dinamakan sebagai Angry Birds Go!.

Angry Birds Go!

Dari bentuk permainan, ia seperti menyertakan beberapa elemen permainan lebih kurang seperti Mario Kart, menjadikan permainan tersebut lebih menarik untuk dimainkan.

Angry Birds Go! ini sedang dalam proses penerbitan pada kedai aplikasi Apple AppStore, BlackBerry World, Google Play dan juga Windows Phone Store. Walaupun ia ditawarkan secara percuma, namun ia hadir dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi yang mungkin tidak begitu disukai para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd