Maxis Menjadi Yang Terawal Melancarkan Perkhidmatan 4G LTE Di Malaysia

Maxis Menjadi Yang Terawal Melancarkan Perkhidmatan 4G LTE Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 1, 2013 oleh .

Dengan permulaan tahun baru, Maxis menjadi yang terawal di Malaysia melancarkan perkhidmatan 4G LTE di Malaysia. Melaluinya, pihak Maxis menawarkan kelajuan internet sehingga 75Mbps, dengan kelajuan purata sekitar 10 hingga 30Mbps.

Untuk permulaan, pihak Maxis menyediakan akses 4G LTE mereka di beberapa kawasan sahaja, iaitu Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan juga Cyberjaya.

Maxis mengatakan mereka telah menguji rangkaian 4G LTE selama dua tahun, dan bakal memperluaskan ia kepada lebih banyak kawasan tidak lama lagi.

Maxis mengatakan ia menawarkan kelajuan antara 5 ke 10 kali ganda lebih pantas berbanding rangkaian 3G, dan mereka akan menawarkan peranti dengan sokongan LTE kepada para pengguna tempatan tidak lama lagi.

Halaman Rasmi Maxis 4G LTE


TIPS & ULASAN