Celcom Menawarkan Galaxy Y Melalui Pakej Komunikasi Belia

Celcom Menawarkan Galaxy Y Melalui Pakej Komunikasi Belia

Diterbitkan pada Jan 1, 2013 oleh .

Dengan pelbagai syarikat telekomunikasi yang mula mengemaskini laman mereka, Celcom turut tidak ketinggalan, dengan menambah peranti Galaxy Y dibawah tawaran Pakej Komunikasi Belia melalui mereka.

Namun agak mendukacitakan kerana tiada sebarang pakej khas yang mampu dimiliki oleh para pengguna, sebaliknya komitmen bulanan yang diperlukan adalah bermula daripada serendah RM78 sebulan.

Pakej Komunikasi Belia Celcom

Memandangkan pihak kerajaan lebih kepada mempromosi gaya hidup digital yang memfokuskan kepada arena internet, mungkin Celcom perlu memfokuskan kepada tawaran internet sahaja, dan bukannya menyertakan bersama-sama dengan pelan panggilan suara mereka.

Walaubagaimanapun, segalanya bergantung kepada para pengguna untuk memilih syarikat telekomunikasi kegemaran mereka dalam mendapatkan peranti yang ditawarkan dibawaha pelan Pakej Komunikasi Belia ini.


TIPS & ULASAN