Google Menyediakan Halaman Khas Untuk Anda Berkongsi Azam Baru 2013

Google Menyediakan Halaman Khas Untuk Anda Berkongsi Azam Baru 2013

Diterbitkan pada Jan 1, 2013 oleh .

Setiap kali masuknya tahun baru, salah satu perkara yang sering disebut-sebut oleh ramai pengguna adalah berkenaan dengan azam tahun baru. Dalam usaha untuk memudahkan anda berkongsi dengan yang lain, kini Google sendiri menyediakan sebuah halaman khas untuknya.

Google - Azam Baru 2013

Halaman ringkas ini disediakan oleh Google dibawah Google Zeitgiest, membolehkan sesiapa sahaja menambah azam baru mereka untuk dikongsikan bersama pengguna lain seluruh dunia. Tiada sebarang pendaftaran masuk diperlukan, dan sesiapa sahaja boleh memilih kategori yang bersesuaian, dan menambah azam baru mereka.

Disamping menambah azam baru, pengguna juga boleh melihat apakah yang dirancang oleh para pengguna seluruh dunia sepanjang tahun ini, sekaligus membuat rumusan ringkas mengenai apakah yang mungkin berlaku dan akan menjadi trend ramai pada tahun hadapan.

Jadi, apakah azam anda pada tahun ini?

Tambah Azam Baru 2013 Anda Di Laman Google Zeitgiest


TIPS & ULASAN