Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang hangat diperkatakan dan dibincangkan akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan Pakej Komunikasi Belia yang memberikan rebat sebanyak RM200 dalam pembelian telefon pintar baru. Dan hari ini, SKMM secara rasminya telah memulakan permohonan untuknya.

Pakej Komunikasi Belia

Untuk makluman, permohonan ini hanya dibuka untuk 1.5 juta orang belia sahaja, dimana mereka perlu memenuhi beberapa syarat seperti umur diantara 21-30 tahun, dan berpendapatan dibawah RM3000 sebulan.

Syarikat telekomunikasi sendiri menawarkan pelbagai peranti pilihan dibawah pakej ini, yang mana diperlukan untuk melanggan pelan mereka, selain ada diantara mereka yang menawarkan pelan prabayar dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat permohonan untuk Pakej Komunikasi Belia ini di laman SKMM bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd