Apple Menerima Paten Untuk “Active Stylus”

Apple Menerima Paten Untuk “Active Stylus”

Diterbitkan pada Jan 1, 2013 oleh .

Apple StylusSehingga hari ini, Apple lebih mementingkan kepada penggunaan jari dalam input pada peranti mereka, namun ia tidak menghalang mereka daripada mendapatkan paten untuk “Active Stylus” baru-baru ini.

Melalui penggunaan “Active Stylus”, ia membolehkan pengguna membuat input dengan lebih pantas dan tepat, sekaligus mengelakkan lengah masa seperti terdapat pada beberapa stylus pada masa kini.

Ia tidak diketahui adakah Apple akan hadir dengan peranti dengan sokongan stylus selepas ini ataupun tidak. Jikalau dilihat pada pasaran hari ini, antara peranti yang popular dengan sokongan stylus adalah Galaxy Note daripada Samsung, selain ura-ura mengatakan Galaxy S4 yang akan menyokong S-Pen padanya.

TIPS DARIPADA FIZI


TIPS & ULASAN