Gambar Akhir Sony Xperia Z Tertiris Ke Arena Web

Gambar Akhir Sony Xperia Z Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Jan 2, 2013 oleh .

Sony Xperia ZDesas-desus berkenaan peranti Xperia Z daripada Sony telah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, dan kini gambar akhir untuk peranti tersebut hadir, memperlihatkan bagaimanakah ia akan kelihatan kelak.

Sony dijangka akan mengumumkannya pada CES 2013 yang akan bermula minggu hadapan, dan mungkin akan mengumumkan sama spesifikasi akhir serta tarikh mula jualannya kelak.

Daripada ura-ura sebelum ini, apa yang diperkatakan adalah Xperia Z ini akan membawakan kamera 13-megapixel dengan sokongan rakaman video 1080p, selain dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean padanya.


TIPS & ULASAN