Cari @ Amanz

Pihak Canonical, sebelum ini telah sedia mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan sistem operasi yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, terutamanya telefon pintar dan juga tablet. Dan mungkin kita akan melihat bagaimana ia akan kelihatan tidak lama lagi.

Ubuntu.com Countdown

Daripada halaman utama Ubuntu.com hari ini, pihak pembangunnya memperlihatkan sebuah timer, dimana memperkatakan sesuatu berkenaan dengan sentuhan.

Mengikut kiraan masa yang dipaparkan, pembangunnya akan mengumumkan ia esok, dan semestinya bagi para peminat Ubuntu menantikan pengumuman rasmi pihak Canonical secara rasminya esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd