Tiada Lagi Netbook Baru Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini?

Tiada Lagi Netbook Baru Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini?

Diterbitkan pada Jan 2, 2013 oleh .

Asus dan Acer menghentikan pengeluaran netbook baru bermula 1 Januari 2013Pada sekitar tahun 2009, netbook boleh dikatakan agak popular, namun popularitinya semakin berkurangan dari hari ke hari akhir-akhir ini dengan hadirnya tablet pada harga yang lebih kurang sama.

Sebelum ini, Asus menjadi antara yang terawal memperkenalkan komputer riba bersaiz 10-inci dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom sekitar tahun 2007 melalui keluarga EeePC, sebelum pelbagai pengeluar lain turut sama hadir dengannya.

Netbook MSIPengeluar netbook sebelum ini mensasarkan untuk menjualnya kepada pasaran membangun dan untuk mereka yang inginkan peranti yang mudah digunakan ketika bergerak. Walaubagaimanapun, dengan harga tablet dan telefon pintar yang semakin murah, ia memberikan kesan yang serius untuk pengeluarannya.

Perubahan era komputer bukanlah sesuatu yang baru, dan pada tahun ini, peranti berupa tablet dijangka akan mendapat perhatian ramai pengguna, dimana dengan harga jualannya yang semakin rendah dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN