Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan pengguna Windows melayari gambar dari Instagram dengan mudah, dan salah satu dan terkini yang didatangkan dengan antaramuka Metro (Windows 8) adalah aplikasi Piktr.

Piktr

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk para pengguna Windows 8 dan juga Windows RT, dan boleh dimuat-turun melalui Windows Store. Seperti kebanyakkan aplikasi lain, sebuah iklan kecil dipaparkan pada bahagian atas ketika pengguna menggunakan aplikasi ini.

Dari segi paparan, ia dioptimasikan untuk paparan berupa Metro, memudahkan pengguna mengendalikannya menggunakan tetikus ataupun skrin sentuh.

Memandangkan ia hanya berfungsi untuk melayari gambar-gambar di Instagram sahaja, maka fungsi seperti menambah gambar mahupun komen tidak disertakan padanya.

Piktr

Namun, bagi mereka yang gemar melihat gambar-gambar daripada rakan-rakan Instagram mereka, mungkin boleh menggunakannya pada komputer Windows 8 anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd