Fungsi Akhir Yang Bakal Dibawakan Pada Google Glass Masih Sedang Dalam Perancangan

Fungsi Akhir Yang Bakal Dibawakan Pada Google Glass Masih Sedang Dalam Perancangan

Diterbitkan pada Jan 2, 2013 oleh .

Project GlassProjek Glass daripada Google merupakan salah satu inovasi terbaik pada tahun 2012, dan semestinya ramai yang menantikan pelancaran rasminya. Melalui sebuah temuramah khas oleh IEEE, kini pihak Google kelihatan berkongsi beberapa info tambahan mengenainya.

Daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan, Google Glass ini kelak akan membawakan sebuah touch pad untuk kawalan, dan pada masa yang sama, Google juga sedang membangunkan kawalan suara dan gerakan kepala dalam membawakan kawalan yang lebih baik berbanding menggunakan touch pad.

Sehingga kini, walaupun pihak Google telah mendemonstrasikan penggunaan kamera padanya, namun, bagaimanakah penggunaan aplikasi dikawal dan sebagainya masih tidak ditunjukkan buat masa ini.

Pada masa yang sama, Google juga dikatakan sedang membangunkan Glass dengan masa bertahan bateri sehingga sehari penuh, dan pembangunannya masih belum selesai buat masa ini.

Buat masa ini, dikatakan Google masih tiada sebarang perancangan untuk mengintegrasikan iklan pada Glass. Perkara ini menjadi tanda tanya ramai pengguna memandangkan fokus utama syarikat Google adalah iklan.

Pembangunan Google Glass masih lagi pada peringkat awal, dan masih belum siap sepenuhnya. Bagi pembangun, Google Glass dijangka akan diperkenalan pada tahun ini, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, pengguna umum akan boleh mendapatkannya pada tahun 2014 kelak.


TIPS & ULASAN