Cari @ Amanz

iOS merupakan salah satu platform operasi daripada Apple yang menerima kemaskini pada setiap tahun, dan kini nampaknya, Apple telah pun memulakan ujian awal untuk iOS 7, lebih awal daripada apa yang disasarkan.

Mengikut beberapa log penggunaan, selain daripada penggunaan platform operasi iOS 7, ia juga turut kelihatan Apple telah pun memulakan ujian untuk iPhone generasi akan datang – yang menggunakan angka kod iPhone 6,1.

Ia tidak diketahui apakah yang bakal dibawakan pada iOS 7, namun mungkin kita akan melihat ia diumumkan bersama-sama iPhone generasi baru lebih awal berbanding sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd