Dalam usaha untuk memudahkan pengguna mendapatkan kandungan VOD (Video On Demand), kini pihak Astro memperkenalkan sebuah peranti tambahan baru, dinamakan sebagai Astro WiFi Dongle, khas untuk pengguna Astro B.yond PVR.

Astro WiFi Dongle

Seperti umum sedia maklum, untuk mendapatkan kandungan VOD, mereka memerlukan sambungan internet untuknya, yang sememangnya mudah untuk pelanggan Astro B.yond IPTV. Untuk pelanggan Astro B.yond PVR pula, mereka perlu menyambungkan kabel Ethernet, dan kini sebagai alternatif untuknya, Astro memperkenalkan Astro WiFi Dongle.

Sebagai harga pengenalan, Astro WiFi Dongle ini ditawarkan pada harga RM110, dan pelanggan Super Pack boleh mendapatkannya pada harga RM50.

Pihak Astro juga mengatakan mereka menawarkan penggunaan cubaan percuma untuk Astro B.yond VOD Catch-Up bagi semua dekoder B.yond PVR sehingga 31 Januari 2013 kelak.

TIPS & ULASAN