Samsung Melancarkan Aplikasi Permesejan ChatON 2.0

Samsung Melancarkan Aplikasi Permesejan ChatON 2.0

Diterbitkan pada Jan 2, 2013 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna peranti Samsung, mungkin sedia mengenali akan aplikasi permesejan percuma yang didatangkan bersama-sama, iaitu ChatON. Hari ini, gergasi elektronik daripada Korea Selatan itu memperkenalkan secara rasminya ChatON 2.0.

Samsung ChatON

ChatON 2.0 membolehkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan tersebut pada pelbagai peranti dengan mudah, sekaligus memudahkan pengguna berhubung dengan rakan-rakan lain. Selain daripada aplikasi pada telefon pintar dan komputer, kini Samsung turut sama membolehkan pengguna mengakses ChatON terus menggunakan pelayar web.

Pada masa yang sama, ChatON 2.0 juga memperlihatkan Samsung cuba memasuki arena sosial, dimana melaluinya ia turut membolehkan pengguna menambah status dengan mudah, selain membolehkan pengguna meninggalkan komen padanya. Sokongan permesejan juga ditambah baik, membolehkan pengguna dengan mudah membuat mesej beranimasi ataupun menambah audio pada mesej mereka.

Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada Samsung Apps hari ini, ataupun mengakses versi web di ChatON.com. Bagi pengguna peranti Android, iOS dan BlackBerry, boleh mendapatkannya daripada kedai aplikasi masing-masing, dan mula menghantar dan menerima mesej antara satu sama lain secara percuma.


TIPS & ULASAN