Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai konsol generasi baru daripada Sony, iaitu PlayStation 4 telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, dengan ramai mensasarkan ia akan diumumkan pada tahun ini.

Destination PlayStation

Kini, Sony telah mula menghantar jemputan media untuk acara Destination PlayStation, dimana pihak Sony akan berkongsi beberapa perkara mengenai dunia PlayStation secara amnya.

Walaupun ia mungkin lebih kepada mempertontonkan beberapa permainan baru, ia turut diperkatakan, terdapat kemungkinan yang mana Sony mungkin akan berkongsi beberapa info dan maklumat awal berkaitan konsol generasi baru mereka.

Ia masih tidak diketahui sepenuhnya sama ada konsol terbaru daripada Sony tersebut akan hadir pada acara tersebut ataupun tidak. Namun, mengikut pelbagai laporan dan ura-ura sebelum ini, ia diperkatakan Sony dan Microsoft masing-masing mungkin akan memperlihatkan konsol generasi baru mereka pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd