Cari @ Amanz

Google seperti sedia maklum, mempunyai pusat data di beberapa lokasi utama seluruh dunia, dan pada tahun ini, gergasi internet tersebut bakal hadir dengan beberapa pusat data baru disekitar Asia.

Antara negara yang akan menerima pusat data Google yang baru adalah termasuk Singapura, Taiwan, dan juga Hong Kong, yang sekaligus akan memberikan kesan positif kepada penduduk Asia.

Mengikut apa yang dilaporkan, pembangunan pusat data baru ini akan memberikan peningkatan kelajuan untuk mengakses perkhidmatan Google sehingga 30% bagi negara-negara berhampiran, termasuk Malaysia.

Perkara ini sekaligus akan memberikan penembusan penggunaan perkhidmatan Google yang lebih luas, apatah lagi dengan fokus Google akhir-akhir ini terhadap pasaran negara membangun.

Pembangunan pusat data baru ini telah dimulakan pada tahun 2011, dan pusat data di Singapura dijangka akan mula digunakan dalam beberapa bulan lagi, sementara di Taiwan pada pertengahan tahun kedua 2013 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd