Cari @ Amanz

wazeBagi kebanyakkan pengguna yang memerlukan aplikasi navigasi pada peranti mudah-alih mereka, mungkin sedia mengenali akan aplikasi Waze yang memperlihatkan pelbagai kemaskini trafik dalam bentuk masa-nyata. Kini, ura-ura awal hadir mengatakan Apple berminat untuk mengambil-alihnya.

Ura-ura berkaitan dengan pengambil-alihan perkhidmatan geolokasi dan navigasi oleh Apple bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Apple berminat dengan FourSquare dan juga TomTom. Namun, kesemuanya tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengan perkara tersebut.

Waze merupakan aplikasi percuma untuk Android, iOS dan beberapa platform yang lain, dimana ia bergantung kepada pengguna dalam berkongsi pelbagai data trafik semasa, sekaligus menjadikan ia salah satu aplikasi percuma yang menarik minat ramai.

Namun, sekiranya perkara ini benar, dan sekiranya Apple mengambil-alih Waze, ia tidak diketahui apakah masa depan aplikasi tersebut, dan adakah sokongan untuk platform lain akan dikekalkan ataupun diubah menjadi eksklusif untuk iOS sahaja.

Pihak Waze tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd