Jikalau pada tahun lepas Canonical mengumumkan dan memperkenalkan Ubuntu untuk Android, untuk tahun ini, mereka memulakan tahun baru dengan mengumumkan Ubuntu untuk telefon pintar.
Ubuntu untuk telefon pintar akan beroperasi seperti kebanyakkan sistem operasi telefon pintar pada hari ini, tetapi menariknya, apabila ia di dock, maka sokongan PC penuh menggunakan sistem operasi Ubuntu akan dibawa.
Perkara ini sekaligus menguntungkan para pengguna, membolehkan mereka menggunakan hanya satu peranti sahaja untuk pelbagai tujuan.
Sistem operasi mudah-alih Ubuntu ini juga dioptimasikan untuk skrin kecil, dimana membawakan beberapa fungsi menarik bersama-sama dengannya, termasuk;
- Edge Magic – penggunaan gesture dari bucu skrin untuk memudahkan pengguna mengubah aplikasi ataupun membuat carian dan sebagainya.
- Integrasi kandungan dengan lebih menyeluruh.
- Sokongan carian kandungan, aplikasi dan produk dengan lebih mudah.
- Kebolehan arahan suara dan teks, membolehkan peranti dikawal dalam pelbagai kaedah.
- Sokongan aplikasi natif dan juga HTML5.
Pada hari ini, Canonical mengatakan lebih daripada 20 juta desktop menjalankan sistem operasi Ubuntu. Telefon pintar awal menggunakan Ubuntu OS ini dijangka akan dipasarkan pada awal tahun 2014 kelak.