Cari @ Amanz

Windows Medkit Memudahkan Membuang Malware Dan Mengatasi Masalah Biasa Pada Windows

Oleh Aman

Link Copied!

Windows MedkitKomputer Windows pada masa kini boleh dikatakan dilindungi dengan sekuriti yang lebih baik berbanding beberapa tahun lepas. Namun, jikalau sesuatu komputer diakses ramai, terutamanya di universiti atau tempat bekerja, peratusan dijangkiti virus atau malware adalah lebih tinggi berbanding biasa.

Walaupun antivirus seperti MSE dan sebagainya membantu, untuk membuang dan mengatasi beberapa masalah asas, salah satu perisian ringkas yang berguna adalah Windows Medkit.

Windows Medkit menawarkan beberapa fungsi untuk membolehkan anda membaiki pemasangan Windows anda kepada sedia kala.

Daripadanya, ia menyertakan beberapa fngsi, seperti kebolehan untuk menguruskan program ketika memulakan komputer, kebolehan untuk mematikan sesuatu program (sekiranya Task Manager dihalang malware), mengatasi masalah biasa pada Registry, dan pelbagai perkara yang lain.

Windows Medkit

Pada masa yang sama, beberapa fungsi yang disertakan Windows Medkit juga agak tidak jelas bagaimana dan apakah kesannya pada komputer.

Namun, daripada apa yang dilihat, ia kelihatan sebagai salah satu aplikasi yang amat berguna sekiranya anda sering menghadapi masalah ketika menggunakan Windows dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan fail Windows Medkit ini secara percuma, dan menyimpannya untuk mengatasi sebarang masalah malware dan sebagainya.

Muat-Turun Windows Medkit

Komen ()