Cari @ Amanz

Nexus 4 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai, dan kini DiGi melalui laman Facebook, syarikat telekomunikasi tersebut berkongsi yang mana mereka akan menawarkan peranti Nexus untuk para pengguna tempatan, dan maklumat lanjut berkaitan dengannya dijangka akan dikongsikan pada hari Isnin akan datang.

LG Nexus 4

Ia dilaporkan telefon pintar yang dibangunkan bersama oleh LG ini hanya akan ditawarkan oleh DiGi sahaja untuk permulaan ini, dan tidak ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain di Malaysia.

Harga jualannya masih belum diketahui secara rasminya, namun beberapa ura-ura mengatakan ia akan ditawarkan sekitar harga RM1599 atau Rm1699. Nexus 4 merupakan telefon pintar terkini dari keluarga Nexus, yang mana didatangkan bersama-sama Android 4.2, dan dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, serta dilengkapkan dengan skrin bersaiz 4.7-inci.

DiGI Nexus 4

Tips awal daripada Faiz

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd