Samsung Bakal Hadir Dengan Beberapa Peranti Tizen Pada Tahun Ini

Samsung Bakal Hadir Dengan Beberapa Peranti Tizen Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 3, 2013 oleh .

Laporan mengenai telefon pintar Tizen bukanlah sesuatu yang baru. Sekiranya ramai yang menyasarkan untuk Samsung hadir dengan satu peranti ujian untuknya terlebih dahulu, namun, laporan Bloomberg terbaru hari ini menandakan sebaliknya.

Tizen Dari Samsung

Mengikut laporan terbaru, ia diperkatakan Samsung akan hadir dengan beberapa peranti Tizen sepanjang tahun ini, sekaligus memperlihatkan fokus Samsung terhadap platform sumber terbuka tersebut selain daripada Android.

Pada masa yang sama, ia juga diperkatakan berkemungkinan pihak Samsung akan melancarkan peranti Tizen pertama mereka seawal Mobile World Congress pada bulan Februari kelak.

Bagi yang tidak mengenali Tizen, ia merupakan salah satu platform operasi mudah-alih yang mendapat sokongan daripada Linux Foundation, Samsung dan juga Intel. Sehingga ke hari ini, tiada lagi peranti Tizen yang telah dipasarkan kepada umum, dan Samsung dijangka akan menjadi yang terawal mengeluarkannya.


TIPS & ULASAN