Cari @ Amanz

fb-messenger-voiceJikalau sebelum ini Facebook Messenger hanya sekadar membolehkan pengguna menghantar dan menerima teks berupa mesej sahaja, kini, perkara tersebut mungkin berubah dengan penambahan sokongan panggilan suara padanya.

Bermula hari ini, gergasi laman sosial tersebut mula menguji sokongan panggilan suara melalui WiFi dan sambungan data. Namun, untuk ujian awal ini, ia hanya terhad kepada pengguna iOS di Kanada sahaja, dan mungkin akan diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.

Bagi pengguna di luar Kanada, Facebook memperkenalkan kemaskini Facebook Messenger untuk Android dan iOS, membolehkan pengguna menghantar mesej suara pendek dalam bentuk “push-to-talk” dan bukannya dalam bentuk panggilan suara seperti VoIP.

Apa pun, bagi anda yang ingin menghantar mesej bersuara kepada rakan-rakan yang lain, mungkin boleh memuat-turun Facebook Messenger daripada AppStore atau Google Play Store hari ini, dan mencubanya sendiri.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd