Bagi kebanyakkan pengguna peranti mudah-alih, mungkin sedia mengenali akan Corning Gorilla Glass, yang digunakan kebanyakkan pengeluar dalam hadir dengan skrin sentuh yang tahan lasak. Kini, pembangunnya, Corning bakal memperlihatkan generasi ketiga Gorilla Glass pada CES 2013 minggu hadapan.
Menurut Corning, melalui Gorilla Glass 3, ia mengurangkan penglihatan calar padanya sebanyak 40% berbanding versi sebelumnya, disamping menambah kekuatan dan ketahanan sehingga 50% berbanding sebelumnya.
Kita mungkin akan dapat melihat demonstrasi daripada pihak Corning pada minggu hadapan, dan mungkin beberapa peranti yang hadir dengannya pada tahun ini kelak.