Carian
Toyota Dan Audi Bakal Memperlihatkan Kereta Yang Dipandu Automatik Pada CES 2013
January 4, 2013 Aman

Kereta yang dipandu secara automatik bukanlah sesuatu yang baru, dimana Google telah memperlihatkannya pada tahun lepas. Dan kini, Toyota dan juga Audi bakal mendemonstrasikan kereta yang dipandu automatik mereka tersendiri pada acara CES 2013 yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Prototaip Lexus

Daripada video ringkas yang ditambah pada laman Lexus, ia memperlihatkan yang mana Toyota menggunakan sebuah peralatan tambahan yang mengintegrasikan laser, radar, kamera dan sebagainya dalam mengetahui apakah berdekatan dengan kenderaan tersebut dan sebagainya untuk tujuan pemanduan automatik.

Selain daripada Toyota, Audi turut mengatakan mereka akan memperlihatkan sokongan serupa, termasuk kebolehan untuk meletakkan kereta di tempat parkir secara automatik.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh kedua-dua pengeluar kereta ini pada CES 2013 minggu hadapan.

Komen