Jelly Bean Kini Menjana Lebih 10% Peranti Android Seluruh Dunia

Jelly Bean Kini Menjana Lebih 10% Peranti Android Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Jan 4, 2013 oleh .

Setiap bulan, Google mengemaskini statistik penggunaan peranti Android, dalam memudahkan pembangun membangunkan aplikasi yang dioptimasikan untuk sesuatu versi. Mengikut statistik terkini yang dikeluarkan, ia kelihatan Jelly Bean menjana lebih daripada 10% peranti Android seluruh dunia.

Statistik Android - Januari 2013

Pada masa yang sama, memperlihatkan peningkatan adalah versi Ice Cream Sandwich yang kini menjana 29.1% peranti, manakala majoriti peranti yang digunakan ramai hari ini adalah masih yang berasaskan Gingerbread.

Namun, penggunaan peranti Gingerbread semakin berkurangan dari hari ke hari, dimana melalui statistik terkini, ia telah pun jatuh daripada paras 50%, manakala Ice Cream Sandwich dan juga Jelly Bean memperlihatkan peningkatan positif dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN