HTC Butterfly Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

HTC Butterfly Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 4, 2013 oleh .

HTC Malaysia, hari ini telah mengemaskini halaman Facebook mereka dengan menambah gambar HTC Butterfly, selain berkongsi mengatakan ia akan hadir tidak lama lagi. Peranti dengan skrin paparan dengan resolusi 1080p hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, termasuk Jepun dan Amerika Syarikat buat masa ini.

HTC Butterfly

Dari segi spesifikasi, HTC Butterfly membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi HD penuh (1920×1080 pixel), dijana menggunakan Android Jelly Bean dan antaramuka HTC Sense, memori sebanyak 2GB RAM dan juga dijana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm S4 empat-teras 1.5Ghz.

Bilakah ia akan dijual dan berapakah harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN