Celcom Bakal Memperkenalkan Pelan Untuk LTE 4G Pada Bulan Februari

Celcom Bakal Memperkenalkan Pelan Untuk LTE 4G Pada Bulan Februari

Diterbitkan pada Jan 4, 2013 oleh .

Celcom 4G LTECelcom hari ini telah berkongsi lebih banyak maklumat berkaitan dengan rangkaian dan sokongan LTE 4G daripada mereka. Untuk makluman, sebelum ini, kami telah melaporkan yang mana Celcom telah menyediakan booth ujian untuk pengguna mengujinya di Menara Celcom dan juga Sunway Pyramid.

Daripada apa yang dikatakan oleh Celcom, mereka akan memperkenalkan pelan baru untuk Celcom LTE sebelum perayaan Tahun Baru Cina kelak.

Mengikut perancangan awal, Celcom akan hadir dengan beberapa produk baru, termasuk daripada Huawei, dimana antaranya adalah modem dan router Huawei, selain telefon pintar Ascend P1 LTE dan juga MediaPad 10 FHD.

Peranti Celcom LTE

Selain peranti-peranti ini, kesemua peranti dengan sokongan gelombang 2600MHz terbina turut sama boleh menggunakan perkhidmatan LTE daripada Celcom tanpa sebarang masalah.

Dari segi perancangan lokasi yang disokong pula, Celcom mensasarkan untuk memperkenalkan 4G LTE dibeberapa kawasan utama, termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang dan juga Johor, menjelang Julai 2013 kelak.

Layari : Halaman Rasmi Celcom 4G LTE


TIPS & ULASAN