Pengguna Galaxy Note 10.1 Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 4.1.1

Pengguna Galaxy Note 10.1 Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 4.1.1

Diterbitkan pada Jan 4, 2013 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, kini, pengguna tempatan telah pun mula menerima kemaskini Android 4.1.1 untuk Galaxy Note 10.1, sekaligus menyertakan bersama-sama pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya.

Galaxy Note 10.1

Daripada maklumbalas awal, ia dilaporkan penggunaan Galaxy Note 10.1 kini lebih lancar, dan turut disertakan bersama-sama dengan fungsi Google Now yang dinantikan ramai.

Pengguna tempatan yang menggunakan Galaxy Note 10.1 boleh menyemak secara OTA ataupun melalui Samsung Kies, dan memuat-turun fail pemasangan sebesar 419MB untuk peranti anda.


TIPS & ULASAN