LG Bakal Mengumumkan Beberapa Produk Baru Pada CES 2013

LG Bakal Mengumumkan Beberapa Produk Baru Pada CES 2013

Diterbitkan pada Jan 4, 2013 oleh .

CES 2013Pada CES 2013 yang akan diadakan pada minggu hadapan, bermula 7 Januari, beberapa produk baru akan diumumkan, dan nampaknya LG tidak ingin ketinggalan sama, dan merancang untuk memperkenalkan beberapa produk baru mereka.

Untuk mempromosikannya terlebih dahulu, pihak LG telah pun memuat-naik sebuah video khas, yang mempromosikan beberapa peranti, termasuk peranti mudah-alih, mesin basuh dan beberapa yang lain.

Mengikut beberapa laporan awal, mengatakan LG mungkin akan memperlihatkan LG Optimus G2 pada acara tersebut, yang mana merupakan peranti utama berspesifikasi tinggi daripada LG.

Walaupun perkara tersebut tidak disahkan sepenuhnya buat masa ini, ia semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh LG pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN