Apple Telah Memfailkan Paten Untuk Pusat Notifikasi Pada iOS

Apple Telah Memfailkan Paten Untuk Pusat Notifikasi Pada iOS

Diterbitkan pada Jan 4, 2013 oleh .

Apple sebelum ini, pada iOS 5 telah memperkenalkan sokongan yang serba baru, dinamakan sebagai Notification Center, yang mana memaparkan beberapa notifikasi daripada pelbagai aplikasi, sekaligus memudahkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini. Kini, melalui sebuah dokumen, ia turut kelihatan, pihak Apple telah memfailkan paten untuknya.

Pusat Notifikasi iOS

Sejak daripada ia diperkenalkan, ramai pengguna Android mengatakan ia menyerupai sokongan yang sedia terdapat pada Android. Samsung sendiri, baru-baru ini memfailkan saman di Korea Selatan, mengatakan sistem pusat notifikasi pada iOS, melanggar salah satu paten milik Samsung (yang mungkin dipinjam daripada Google untuk Android).

Daripada dokumen yang dipaparkan, ia kelihatan Apple telah memfailkan paten untuk perkara ini pada bulan Jun 2012 yang lepas, dan semestinya perkara ini secara tidak langsung akan memberikan kesan terhadap kes saman antara Apple dan juga Samsung kelak.


TIPS & ULASAN