Waze Dilaporkan Menolak Tawaran Pengambil-alihan Daripada Apple

Waze Dilaporkan Menolak Tawaran Pengambil-alihan Daripada Apple

Diterbitkan pada Jan 5, 2013 oleh .

wazeLanjutan daripada ura-ura berkaitan tawaran pengambil-alihan perkhidmatan Waze oleh Apple sebelum ini, kini dilaporkan yang mana pengambil-alihan tersebut tidak akan berterusan dan pihak Waze telah pun menolaknya.

Ia dikatakan tawaran daripada Apple bukanlah kali pertama, tetapi mereka pernah menerima beberapa tawaran daripada syarikat lain sebelum ini.

Namun, pihak Waze menolak semua tawaran dalam usaha untuk membangunkan sebuah perkhidmatan yang jauh lebih menarik lagi.

Sehingga kini, pihak Waze masih belum menjana wang sepenuhnya daripada perkhidmatan mereka. Namun, daripada laporan baru yang kedengaran, ia diperkatakan penyedia perkhidmatan navigasi sosial tersebut sedang mengumpulkan dana dengan penilaian harga syarikat sekitar $1 bilion.


TIPS & ULASAN