Bagaimana Memuat-Turun Gambar Dari Profil Twitter Dengan Mudah?

Bagaimana Memuat-Turun Gambar Dari Profil Twitter Dengan Mudah?

Diterbitkan pada Jan 5, 2013 oleh .

Bagi pengguna Twitter yang aktif memuat-naik dan berkongsi gambar melalui profil anda, mungkin ingin memuat-turun segala gambar untuk dibuat koleksi di desktop. Kini, untuk memudahkannya, salah satu aplikasi yang berguna adalah Twitter Image Downloader.

twitter-download

Sebaik sahaja pengguna memuat-turun dan menjalankan program ringkas ini, ia membawakan antaramuka yang amat minimalis, dimana hanya perlu memasukkan nama pengguna Twitter, dan kemudian klik pada butang “Download”.

Kemudiannya, semua gambar akan dimuat-turun dan disimpan pada sebuah folder khas di lokasi yang sama dengan aplikasi ini tersimpan.

Pengguna juga boleh akan dipaparkan dengan sebuah thumbnail beresolusi rendah dipaparkan pada aplikasi berkenaan sebaik sahaja sesebuah gambar itu telah dimuat-turun ke folder di komputer anda.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk mencubanya sendiri, dan mula memuat-turun gambar dari profil umum Twitter dengan mudah hari ini.

Muat-Turun Twitter Image Downloader untuk Windows

Aplikasi ini tidak berfungsi untuk akaun Twitter yang ditetapkan sebagai private


TIPS & ULASAN