Catmoji – Laman Sosial Memfokuskan Gambar Dan Video Kucing

Catmoji – Laman Sosial Memfokuskan Gambar Dan Video Kucing

Diterbitkan pada Jan 5, 2013 oleh .

Terdapat pelbagai laman-laman sosial di arena web hari ini, dan salah satu yang memfokuskan kepada gambar-gambar kucing, disamping membawakan rekabentuk seumpama Pinterest adalah Catmoji.

Catmoji

Pembangun Catmoji kini berpangkalan di Pulau Pinang, dan ia dibangunkan oleh dua orang anak muda yang sememangnya mencintai kucing.

Catmoji membolehkan pengguna berkongsi gambar-gambar kucing, disamping turut berkongsi video, gambar berbentuk GIF dan sebagainya melalui laman tersebut.

Catmoji

Buat masa ini, pendaftaran untuk laman tersebut masih belum dibuka kepada umum, dan memerlukan emel jemputan untuk menyertainya. Untuk mereka yang berminat, mungkin boleh mendaftarkan alamat emel pada laman Catmoji, dan mendapatkan akses untuknya apabila ia telah bersedia kelak.

Layari : Catmoji


TIPS & ULASAN